Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pekan Temangan merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Kelantan, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentakbiran jajahan Machang. Temangan mempunyai beberapa buah kampung-kampung kecil dibawah temangan seperti kampung pauh, kampung padang, kampung belukar panjang, kampung kuala kerak, kampung temangan tengah, temangan lama, kuala hau, kampung dusun buruk, kampung kerilla, kampung pertok.

Asal nama Temangan berasal dari seorang pedagang, berbangsa cina yang datang berdagang ke temangan yang menyebut “ti ma ngan “ (timbangan) secara pelat cina menyebabkan sebutan pelat ini menjadi buah mulut penduduk setempat maka akhirnya kawasan ini dinamakan “Temangan”. Ianya dirasmi oleh seorang lelaki yang berasal di Temangan yang dipanggil Tok Padang, nama beliau juga menjadi mercu tanda kepada kampung Padang. Populasi penduduk di Temangan di anggarkan 3000 penduduk, majoriti penduduk adalah berbangsa melayu 80%, manakala bangsa cina 15% dan bangsa india 5%. Pekerjaan penduduk kampung sekitar Temangan adalah bekerja sebagai penoreh getah, petani serta buruh kasar.

Kira-kira 100 tahun lalu, nama Temangan cukup tersohor hingga terpahat di peta dunia sebagai antara kawasan pengeluar bijih besi paling utama dan berkualiti di dunia.Di sinilah nadi ekonomi bagi negeri dan rakyat melalui industri berkenaan yang dieksploitasi oleh penjajah untuk kemakmuran negara mereka dan ditunjangi warga Eropah dan Jepun. Sumber ekonomi sedia ada hanya bergantung kepada sektor pertanian yang umumnya sekadar untuk kegiatan sara diri. Ketika itu perkembangan kawasannya setaraf Kota Bharu yang menjadi ibu negeri dengan wujudnya pekan dengan pelbagai kemudahan asas sejajar dengan zaman itu.

Ini termasuk sistem pengangkutan dengan jalan raya, pelabuhan dan kereta api, perumahan, premis perniagaan dan penginapan, peluang pekerjaan, dan rekreasi. Mengikut catatan sejarah, perlombongan bijih besi diusahakan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Oriental Mining Co. di kawasan Bukit Besi, Temangan, Kelantan dan ia diangkut dengan kereta api ke Pelabuhan Tumpat untuk dibawa ke Jepun.

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) pengeluaran bijih besi terus dilakukan oleh pemerintah tentera Jepun dan selepas Perang Dunia Kedua, pengeluaran diteruskan di bawah pengawasan pemerintah British. Pengeluarannya berterusan sehingga tahun 1965 di mana operasinya dihentikan kerana bekalan bijih yang ada semakin berkurangan dan selepas itu Temangan beransur menjadi pekan yang ditinggalkan.Tinggalan yang masih mengingatkan bahawa di sini pernah wujudnya industri yang besar dan memberi rezeki kepada ribuan manusia ialah sedikit bekas lombong dan palong.

Salah seorang bekas pekerja lombong, Abdul Rashid Seman, 105, berkata, Temangan pada masa itu menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa dengan kedatangan warga Eropah, Jepun, Nepal dan Australia. "Di sini juga pada masa itu terdapat sebuah stesen kereta api yang menjadi alat pengangkutan dan menjadi persinggahan utama bagi laluan antara Gemas, Negeri Sembilan dan Tumpat.

"Malah pada masa itu juga terdapat kapal besar yang memudiki Sungai Kelantan hingga sampai ke Temangan bagi memunggah bijih besi sebelum dihantar terus ke Jepun melalui Pelabuhan Tumpat (Jubakar)," katanya. Mengimbau kembali pengalamannya, Abdul Rashid yang masih lagi sihat berkata, beliau pada masa itu berusia belasan tahun dibayar gaji harian sebanyak 70 sen bagi kerja mencangkul dan memunggah ketulan batu mengandungi besi. "Kadar gaji harian itu sudah cukup tinggi ketika itu berbanding pekerjaan lain dan kehidupan pekerja waktu itu dianggap sudah mewah," katanya. Menurutnya, generasi masa kini tidak lagi mengetahui sejarah Temangan apatah lagi tiada banyak bukti yang memperlihatkan di sini pernah wujud industri yang hebat lebih seabad lalu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


KEMBALI KE SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 15 Disember 2018

Aktiviti ini dijalankan bagi memenuhi aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kepada para pelajar pada musim cuti persekolahan....baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWANAN : KREATIF KRAF BUNGA TISU

Aktiviti Terkini | 17 November 2018

Tujuan aktiviti ini diadakan bagi mempromosikan hasil produk yang dihasilkan oleh usahawan hanya dengan menggunakan tisu kepada komuniti setempat. Selain itu juga, menarik komuniti untuk mempelajari perkara baru yang akan diajar oleh usahawan. Seterusnya, menarik minat komuniti untuk menjana pendapatan dengan hasil kraf. Dengan kaedah ini juga akan menarik minat para komuniti untuk menyertai program-program yang dianjurkan oleh Pusat Internet....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

‘LET’S PLAY & LEARN ICT’

Aktiviti Terkini | 17 Oktober 2018

Aktiviti ini dapat memberi pendedahan awal pada eringkat awal kepada kanak-kanak tentang keseronokan pembelajaran menggunakan komputer...baca selanjutnya

TAUTAN KASIH BERSAMA ANAK YATIM DI RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN DHUAFA' AL-QAMARIAH

Aktiviti Terkini | 29 September 2018

Tujuan program ini dijalankan bagi meraikan anak-anak yatim di rumah kebajiakan, dengan mengadakan pelbagai aktiviti dan kuiz kepada mereka, bagi meningkatkan lagi semangat kerjasama antara mereka, dan memupuk minat mereka untuk berjaya dalam pelajaran dan kehidupan akan datang....baca selanjutnya

PROGRAM LATIHAN USAHAWAN SPA (HOME FACIAL)

Aktiviti Terkini | 08 September 2018

Program ini diadakan untuk menarik minat masyarakat di kampung khususnya bagi menceburi bidang spa....baca selanjutnya

KAHOOT CHALLENGE

Aktiviti Terkini | 07 September 2018

Tujuan aktiviti “Kahoot Challenge” ini diadakan Bersama ahli – ahli pusat internet Temangan adalah bertujuan untuk mededahkan lagi pengetahuan am di Malaysia. Selain itu juga, dapat melahirkan kanak-kanak yang celik IT serta dapat bersaing secara sihat dalam menyelesaikan tugasan. Dengan berlangsungnya program ini, secara langsungnya akan merapatkan lagi hubungan silaturahim antara petugas Pusat Internet Bersama ahli, dan seterusnya dapat menaikan imej pusat internet dikalangan ibu bapa dan penduduk sekitar....baca selanjutnya

‘CREATIVE SAND ART’ BERSAMA TABIKA KEMAS TUNAS WAWASAN BANDAR TEMANGAN

Aktiviti Terkini | 12 Ogos 2018

Tujuan aktiviti ‘Creative Sand Art’ ini diadakan bersama kanak-kanak cilik Tabika Kemas Tunas Wawasan Bandar Temangan adalah bertujuan untuk mendedahkan lagi kepelbagaian hasil seni yang boleh dilakukan bersama-sama. Selain itu juga, dapat melahirkan kanak-kanak cilik Tabika yang kreatif, inovatif serta bersaing secara sihat dalam menghasilkan hasil seni. Dengan berlangsungnya program ini, secara langsungnya akan merapatkan lagi hubungan silaturahim antara petugas Pusat Internet Bersama guru, pembantu guru serta kanak-kanak cilik Tabika Tunas Wawasan, Bandar Temangan....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI PERKARANGAN PUSAT INTERNET KOK LANAS

Aktiviti Terkini | 05 Ogos 2018

Program ini dijalankan untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuan cara penggunaan alat pemadam api dengan betul. Latihan asas ini sangat penting untuk pengetahuan petugas PI sekiranya berlaku sebarang kebaran yang berlaku di PI masing-masing. ...baca selanjutnya

KELAS ADOBE PHOTOSHOP

Aktiviti Terkini | 20 & 21 Julai 2018

Kelas ini memberi pendedahan kepada peserta tentang cara untuk mengedit gambar dan banting dengan lebih mudah....baca selanjutnya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA

Aktiviti Terkini | 08 Julai 2018

Tujuan sambutan hari raya ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara staf PI bersama komuniti setempat, dan bagi melahirkan rasa syukur untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri....baca selanjutnya

D.I.Y Kad Raya

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2018

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah bagi melihat hasil kerja ahli Pusat Internet Temangan menggunakan kreativiti masing-masing bagi menghasilkan kad raya....baca selanjutnya

SENI KOLAJ BERSAMA KANAK-KANAK TABIKA KEMAS ZULKEFLI PALOH RAWA

Aktiviti Terkini | 16 Mei 2018

Aktiviti ini dapat memperkembangkan motor halus kanak-kanak. Aktiviti ini juga dapat digunakan dalam pengajaran sebagai alat bantu mengajar kepada kanak-kanak terutama dalam memperkenalkan sesuatu....baca selanjutnya

RIANG RIA BENTO BERSAMA TABIKA PERPADUAN TAMAN SRI PAUH

Aktiviti Terkini | 25 April 2018

Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kreativiti kanak-kanak bagi menghasilkan bento dan dapat mengajar mereka cara menghasilkan bento dengan sendiri....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI PESKO SMK KUBANG BEMBAN

Aktiviti Terkini | 18 & 19 April 2018

Tujuan utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya etika ketika menggunakan internet secara selamat disamping memperkenalkan PI1M kepada warga sekolah dan orang ramai...baca selanjutnya

BENGKEL KECANTIKAN

Aktiviti Terkini | 31 Mac 2018

Bengkel ini bertujuan melahirkan usahawan muda dan memupuk minat usahawan muda untuk menceburkan diri dalam bidang kecantikan...baca selanjutnya

CELIK IT BERSAMA PRASEKOLAH>

Aktiviti Terkini | 30 Mac 2018

Program ini bertujuan untuk mendedahkan penggunaan ICT di kalangan para pelajar. Aktiviti yang dijalankan adalah mewarna menggunakan komputer. Di samping itu, slot Klik Dengan Bijak turut diselitkan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan menggunakan internet secara selamat....baca selanjutnya

CARA BUAT KEDAI ONLINE MUDAH DENGAN SHOPEE

Aktiviti Terkini | 17 Mac 2018

Aktiviti ini akan memberi pendedahan mengenai cara membuka kedai online dengan telefon pintar melalui platform shopee...baca selanjutnya

PROGRAM JALINAN MESRA MEDIA 2018 BERSAMA SERANTA FELDA

Aktiviti Terkini | 03 Mac 2018

Program ini memberi pendedahan kepada komuniti terhadap aplikasi yang ada dalam telefon pintar dan membantu belia supaya mahir dalam editing video dan grafik...baca selanjutnya

PROGRAM MEWARNA BERSAMA TABIKA KEMAS TOK CHU HARUN

Aktiviti Terkini | 11 Februari 2018

Program ini dapat meningkatkan kemahiran mewarna dalam kalangan pelajar tabika dan mereka dapat menghasilkan idea-idea yang bernas...baca selanjutnya

MAJLIS PERASMIAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA TEMANGAN

Aktiviti Terkini | 26 Januari 2018

Majlis Perasmian ini dirasmikan oleh YB Datuk Hj Ahmad Jazlan Bin Hj Yaakub merangkap Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Majlis ini diadakan untuk memperkenalkan dan mempromosi aktiviti PI1M kepada penduduk setempat disamping menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti