Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pekan Temangan merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Kelantan, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentakbiran jajahan Machang. Temangan mempunyai beberapa buah kampung-kampung kecil dibawah temangan seperti kampung pauh, kampung padang, kampung belukar panjang, kampung kuala kerak, kampung temangan tengah, temangan lama, kuala hau, kampung dusun buruk, kampung kerilla, kampung pertok.

Asal nama Temangan berasal dari seorang pedagang, berbangsa cina yang datang berdagang ke temangan yang menyebut “ti ma ngan “ (timbangan) secara pelat cina menyebabkan sebutan pelat ini menjadi buah mulut penduduk setempat maka akhirnya kawasan ini dinamakan “Temangan”. Ianya dirasmi oleh seorang lelaki yang berasal di Temangan yang dipanggil Tok Padang, nama beliau juga menjadi mercu tanda kepada kampung Padang. Populasi penduduk di Temangan di anggarkan 3000 penduduk, majoriti penduduk adalah berbangsa melayu 80%, manakala bangsa cina 15% dan bangsa india 5%. Pekerjaan penduduk kampung sekitar Temangan adalah bekerja sebagai penoreh getah, petani serta buruh kasar.

Kira-kira 100 tahun lalu, nama Temangan cukup tersohor hingga terpahat di peta dunia sebagai antara kawasan pengeluar bijih besi paling utama dan berkualiti di dunia.Di sinilah nadi ekonomi bagi negeri dan rakyat melalui industri berkenaan yang dieksploitasi oleh penjajah untuk kemakmuran negara mereka dan ditunjangi warga Eropah dan Jepun. Sumber ekonomi sedia ada hanya bergantung kepada sektor pertanian yang umumnya sekadar untuk kegiatan sara diri. Ketika itu perkembangan kawasannya setaraf Kota Bharu yang menjadi ibu negeri dengan wujudnya pekan dengan pelbagai kemudahan asas sejajar dengan zaman itu.

Ini termasuk sistem pengangkutan dengan jalan raya, pelabuhan dan kereta api, perumahan, premis perniagaan dan penginapan, peluang pekerjaan, dan rekreasi. Mengikut catatan sejarah, perlombongan bijih besi diusahakan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Oriental Mining Co. di kawasan Bukit Besi, Temangan, Kelantan dan ia diangkut dengan kereta api ke Pelabuhan Tumpat untuk dibawa ke Jepun.

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) pengeluaran bijih besi terus dilakukan oleh pemerintah tentera Jepun dan selepas Perang Dunia Kedua, pengeluaran diteruskan di bawah pengawasan pemerintah British. Pengeluarannya berterusan sehingga tahun 1965 di mana operasinya dihentikan kerana bekalan bijih yang ada semakin berkurangan dan selepas itu Temangan beransur menjadi pekan yang ditinggalkan.Tinggalan yang masih mengingatkan bahawa di sini pernah wujudnya industri yang besar dan memberi rezeki kepada ribuan manusia ialah sedikit bekas lombong dan palong.

Salah seorang bekas pekerja lombong, Abdul Rashid Seman, 105, berkata, Temangan pada masa itu menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa dengan kedatangan warga Eropah, Jepun, Nepal dan Australia. "Di sini juga pada masa itu terdapat sebuah stesen kereta api yang menjadi alat pengangkutan dan menjadi persinggahan utama bagi laluan antara Gemas, Negeri Sembilan dan Tumpat.

"Malah pada masa itu juga terdapat kapal besar yang memudiki Sungai Kelantan hingga sampai ke Temangan bagi memunggah bijih besi sebelum dihantar terus ke Jepun melalui Pelabuhan Tumpat (Jubakar)," katanya. Mengimbau kembali pengalamannya, Abdul Rashid yang masih lagi sihat berkata, beliau pada masa itu berusia belasan tahun dibayar gaji harian sebanyak 70 sen bagi kerja mencangkul dan memunggah ketulan batu mengandungi besi. "Kadar gaji harian itu sudah cukup tinggi ketika itu berbanding pekerjaan lain dan kehidupan pekerja waktu itu dianggap sudah mewah," katanya. Menurutnya, generasi masa kini tidak lagi mengetahui sejarah Temangan apatah lagi tiada banyak bukti yang memperlihatkan di sini pernah wujud industri yang hebat lebih seabad lalu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM CUTI SEKOLAH BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2017

Tujuan program cuti sekolah bersama komuniti ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara petugas Pi1m bersama ahli-ahli yang berdaftar di Pusat Internet 1 Malaysia Temangan. Disamping itu juga kami turut menyediakan minuman serta makanan ringan untuk para peserta nikmati semasa program ini dijalankan....baca selanjutnya

PERTANDINGAN KUIZ ONLINE KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 25 November 2017

Tujuan aktiviti ini adalah untuk merapatkan hubungan dengan rakan sekerja, mempromosikan produk digi kepada peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan dan menarik lebih ramai pengunjung untuk datang ke PI1M...baca selanjutnya

'3D PRINTER TRAINING

Aktiviti Terkini | 13 - 14 Oktober 2017

Kursus 3D printer dilakukan selama dua hari dan para peserta terdiri daripada pelajar sekolah. Pelajar diberi pendedahan tentang setiap software 3D dan cara menggunakan 3D printer....baca selanjutnya

'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLLENGE'

Aktiviti Terkini | 06 - 07 Oktober 2017

Dalam mencetus kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti setempat, PI1M di bawah seliaan Digi telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program melalui usahasama Petrosains iaitu 'Digi - Petrosains Robotic Programme 2017' bertempat di Digi Telecommunication Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor pada 06 - 07 Oktober 2017....baca selanjutnya

PROGRAM MENGHUBUNG MENYATU BERSAMA SKMM DAN Pi1M KLUSTER MACHANG

Aktiviti Terkini | 29 September 2017

Program berkonsepkan "digitise" dan "humanise" anjuran kkmm ini memanfaatkan seluruh lapisan masyarakat khususnya generasi muda dalam menghadapi dan mendepani cabaran Transformasi Nasional 50 (TN 50)....baca selanjutnya

PROGRAM MEWARNA BERSAMA PELAJAR TADIKA ZULKIFLI PALOH RAWA, MACHANG

Aktiviti Terkini | 20 September 2017

Program ini dapat menanam sifat cintakan tanah air, memberi pengetahuan tentang pentingnya cinta akan tanah air dan mendedahkan mereka terhadap hidup berbilang kaum...baca selanjutnya

'QUALIFYING ROUND - DIGI-PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLENGE'

Aktiviti Terkini | 23 Ogos 2017

Tujuan program ini adalah untuk menyediakan program pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan kemahiran untuk berjaya dalam peluang kerjaya abad ke-21 dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer.....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK & E- WASTE

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2017

Program “PROGRAM KDB & E-WASTE” merupakan salah satu inisiatif pihak Pi1M untuk mengajak para pelajar untuk lebih menggunakan internet secara berhemah. Dan Untuk melahirkan generasi yang berakhlak, berwibawa dan bertanggungjawab....baca selanjutnya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA

Aktiviti Terkini | 15 Julai 2017

Majlis ini dapat mengukuhkan lagi hubungan silaturahim antara staff dan tetamu yang hadir serta dapat mempromosikan aktiviti yang dilakukan di PI1M....baca selanjutnya

PERTANDINGAN CIPTA KAD RAYA MENGGUNAKAN KOMPUTER

Aktiviti Terkini | 13 - 20 Jun 2017

Pertandingan ini dapat meningkatkan kemahiran penggunaan komputer kepada para peserta, mnghasilkan idea-idea yang bernas dan mengukuhkan lagi hubungan silaturahim antara staff dan peserta....baca selanjutnya

Digi - Petrosains Robotic Workshop 2017

Aktiviti Terkini | 07 - 09 Mei 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan tentang bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik...baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna

Aktiviti Terkini | 30 April 2017

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran mewarna dalam kalangan pelajar tabika dan mengahasilkan idea-idea yang bernas serta mengukuhkan lagi hubungan silaturahim antara staff,guru serta pelajar....baca selanjutnya

KURSUS ADOBE PHOTOSHOP & KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 28 & 29 Mac 2017

Kursus ini dapat meningkatkan kemahiran penggunaan Adobe Photoshop dengan menghasilkan idea-idea yang bernas dan mengukuhkan lagi hubungan silaturahim antara staff dan peserta yang hadir...baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2017

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Semambu ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Semambu seperti kelas komputer dan sebagainya...

Latihan Usahawan PERCUMA

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti