Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pekan Temangan merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Kelantan, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentakbiran jajahan Machang. Temangan mempunyai beberapa buah kampung-kampung kecil dibawah temangan seperti kampung pauh, kampung padang, kampung belukar panjang, kampung kuala kerak, kampung temangan tengah, temangan lama, kuala hau, kampung dusun buruk, kampung kerilla, kampung pertok.

Asal nama Temangan berasal dari seorang pedagang, berbangsa cina yang datang berdagang ke temangan yang menyebut “ti ma ngan “ (timbangan) secara pelat cina menyebabkan sebutan pelat ini menjadi buah mulut penduduk setempat maka akhirnya kawasan ini dinamakan “Temangan”. Ianya dirasmi oleh seorang lelaki yang berasal di Temangan yang dipanggil Tok Padang, nama beliau juga menjadi mercu tanda kepada kampung Padang. Populasi penduduk di Temangan di anggarkan 3000 penduduk, majoriti penduduk adalah berbangsa melayu 80%, manakala bangsa cina 15% dan bangsa india 5%. Pekerjaan penduduk kampung sekitar Temangan adalah bekerja sebagai penoreh getah, petani serta buruh kasar.

Kira-kira 100 tahun lalu, nama Temangan cukup tersohor hingga terpahat di peta dunia sebagai antara kawasan pengeluar bijih besi paling utama dan berkualiti di dunia.Di sinilah nadi ekonomi bagi negeri dan rakyat melalui industri berkenaan yang dieksploitasi oleh penjajah untuk kemakmuran negara mereka dan ditunjangi warga Eropah dan Jepun. Sumber ekonomi sedia ada hanya bergantung kepada sektor pertanian yang umumnya sekadar untuk kegiatan sara diri. Ketika itu perkembangan kawasannya setaraf Kota Bharu yang menjadi ibu negeri dengan wujudnya pekan dengan pelbagai kemudahan asas sejajar dengan zaman itu.

Ini termasuk sistem pengangkutan dengan jalan raya, pelabuhan dan kereta api, perumahan, premis perniagaan dan penginapan, peluang pekerjaan, dan rekreasi. Mengikut catatan sejarah, perlombongan bijih besi diusahakan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Oriental Mining Co. di kawasan Bukit Besi, Temangan, Kelantan dan ia diangkut dengan kereta api ke Pelabuhan Tumpat untuk dibawa ke Jepun.

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) pengeluaran bijih besi terus dilakukan oleh pemerintah tentera Jepun dan selepas Perang Dunia Kedua, pengeluaran diteruskan di bawah pengawasan pemerintah British. Pengeluarannya berterusan sehingga tahun 1965 di mana operasinya dihentikan kerana bekalan bijih yang ada semakin berkurangan dan selepas itu Temangan beransur menjadi pekan yang ditinggalkan.Tinggalan yang masih mengingatkan bahawa di sini pernah wujudnya industri yang besar dan memberi rezeki kepada ribuan manusia ialah sedikit bekas lombong dan palong.

Salah seorang bekas pekerja lombong, Abdul Rashid Seman, 105, berkata, Temangan pada masa itu menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa dengan kedatangan warga Eropah, Jepun, Nepal dan Australia. "Di sini juga pada masa itu terdapat sebuah stesen kereta api yang menjadi alat pengangkutan dan menjadi persinggahan utama bagi laluan antara Gemas, Negeri Sembilan dan Tumpat.

"Malah pada masa itu juga terdapat kapal besar yang memudiki Sungai Kelantan hingga sampai ke Temangan bagi memunggah bijih besi sebelum dihantar terus ke Jepun melalui Pelabuhan Tumpat (Jubakar)," katanya. Mengimbau kembali pengalamannya, Abdul Rashid yang masih lagi sihat berkata, beliau pada masa itu berusia belasan tahun dibayar gaji harian sebanyak 70 sen bagi kerja mencangkul dan memunggah ketulan batu mengandungi besi. "Kadar gaji harian itu sudah cukup tinggi ketika itu berbanding pekerjaan lain dan kehidupan pekerja waktu itu dianggap sudah mewah," katanya. Menurutnya, generasi masa kini tidak lagi mengetahui sejarah Temangan apatah lagi tiada banyak bukti yang memperlihatkan di sini pernah wujud industri yang hebat lebih seabad lalu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM DIGI CYBERTALK AT SCHOOL

Aktiviti Terkini | 2 Ogos 2023

Program Digi Cybertalk ini diadakan secara berkolabrasi antara PEDi Digi Tanah Merah & Temangan...baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN AFFILIATE TIKTOK

Aktiviti Terkini | 23 Julai 2023

Program ini adalah bertujuan mengajar para usahawan mendaftar sebagai Affiliate Tiktok...baca selanjutnya

PROGRAM DIGI CYBERSAFE AT UITM MACHANG

Aktiviti Terkini | 17 Julai 2023

Program Digi Cybersafe ini diadakan di UiTM cawangan Machang, Taklimat diberikan kepada kakitangan UiTM, taklimat disampaikan oleh Pengurus PEDi Temangan...baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN KELAS BASIC TIKTOK SHOP

Aktiviti Terkini | 16 Julai 2023

Program ini diadakan adalah untuk mengajar kepada usahawan cara untuk memasarkan produk di aplikasi Tiktok...baca selanjutnya

HARI BERSAMA KOMUNITI 2023 PEDI TEMANGAN

Aktiviti Terkini | 24 Jun 2023

Program Hari Bersama Komuniti 2023 ini diadakan bagi mengeratkan hubungan antara staff PEDi dan juga komuniti sekitar Temangan...baca selanjutnya

PROGRAM DIGI CYBERTALK AT SCHOOL

Aktiviti Terkini | 15 Jun 2023

Program Digi Cybertalk ini diadakan secara berkolabrasi antara PEDi Digi Tanah Merah & Temangan...baca selanjutnya

JALINAN INSAN WAHANA ASPIRASI (JIWA) BERSAMA JABATAN PENERANGAN DAERAH MACHANG

Aktiviti Terkini | 16 Mei 2023

Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) yang dianjurkan Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia dilihat dapat memberi penerangan berkenaan isu semasa kepada penduduk khususnya di kawasan luar bandar...baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2023 PEDI TEMANGAN & TANAH MERAH

Aktiviti Terkini | 12 Mei 2023

Program sambutan hari raya aidilfitri ini diadakan secara berkolabrasi antara PEDi Digi Tanah Merah & Temangan...baca selanjutnya

PROGRAM DIGI CYBERTALK AT SCHOOL

Aktiviti Terkini | 8 Mei 2023

Program Digi Cybertalk ini diadakan secara berkolabrasi antara PEDi Digi Tanah Merah & Temangan...baca selanjutnya

RIANG RIA RAYA BISKUT RAYA UNTUK KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 16 April 2023

Program ini diadakan secara berkolabrasi antara PEDi Digi Tanah Merah & Temangan, turut bersama juga adalah Rakan Digital, ianya adalah bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara staff PEDi dan juga Rakan Digital...baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN : PASARKAN PRODUK DENGAN TEKNIK FOTOGRAFI FLAT LAY DAN VIDEO PENDEK KERJASAMA BERSAMA MARA PEDI DIGI TANAH MERAH & TEMANGAN

Aktiviti Terkini | 21 Mac 2023

Program ini diadakan bersama dengan pihak MARA daerah Tanah Merah dengan kerjasama PEDi Digi Tanah Merah dan Temangan mengenai cara memasarkan produk dengan Teknik fotografi ‘flat lay’ dan video pendek...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 18 Februari 2023

Program “PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK” merupakan salah satu inisiatif pihak PEDi untuk mengajak para komuniti untuk lebih menggunakan internet secara berhemah. Program seperti ini diadakan untuk memperkenalkan fungsi PEDi dan aktiviti yang dijalankan di PEDi....baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN SHOPEE

Aktiviti Terkini | 15 Januari 2023

Penerangan menggunakan slide powerpoint oleh trainer kepada para peserta, mengenai aplikasi SHOPEE. Para peserta diminta memuat turun aplikasi SHOPEE didalam telefon pintar masing-masing bagi memudahkan lagi proses pembelajaran mengenai aplikasi. Para peserta boleh bertanya secara terus kepada penceramah sekiranya tidak memahami....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti