‘CREATIVE SAND ART’ BERSAMA TABIKA KEMAS TUNAS WAWASAN BANDAR TEMANGAN

Aktiviti terkini | 12 Ogos 2018

Tempat Aktiviti:
Tabika Kemas Tunas Wawasan Bandar Temangan

Tujuan :
Tujuan aktiviti ‘Creative Sand Art’ ini diadakan bersama kanak-kanak cilik Tabika Kemas Tunas Wawasan Bandar Temangan adalah bertujuan untuk mendedahkan lagi kepelbagaian hasil seni yang boleh dilakukan bersama-sama. Selain itu juga, dapat melahirkan kanak-kanak cilik Tabika yang kreatif, inovatif serta bersaing secara sihat dalam menghasilkan hasil seni. Dengan berlangsungnya program ini, secara langsungnya akan merapatkan lagi hubungan silaturahim antara petugas Pusat Internet Bersama guru, pembantu guru serta kanak-kanak cilik Tabika Tunas Wawasan, Bandar Temangan.

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Boleh menaikkan imej Pusat Internet.
• Memperluaskan tentang kemudahan yang disediakan di Pusat Internet.
• Mengeratkan silaturrahim antara petugas dan komuniti setempat.
• Sentiasa menarik minat komuniti untuk sentiasa menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :