Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Pekan Temangan merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Kelantan, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentakbiran jajahan Machang. Temangan mempunyai beberapa buah kampung-kampung kecil dibawah temangan seperti kampung pauh, kampung padang, kampung belukar panjang, kampung kuala kerak, kampung temangan tengah, temangan lama, kuala hau, kampung dusun buruk, kampung kerilla, kampung pertok.
Asal nama Temangan berasal dari seorang pedagang, berbangsa cina yang datang berdagang ke temangan yang menyebut “ti ma ngan “ (timbangan) secara pelat cina menyebabkan sebutan pelat ini menjadi buah mulut penduduk setempat maka akhirnya kawasan ini dinamakan “Temangan”. Ianya dirasmi oleh seorang lelaki yang berasal di Temangan yang dipanggil Tok Padang, nama beliau juga menjadi mercu tanda kepada kampung Padang. Populasi penduduk di Temangan di anggarkan 3000 penduduk, majoriti penduduk adalah berbangsa melayu 80%, manakala bangsa cina 15% dan bangsa india 5%. Pekerjaan penduduk kampung sekitar Temangan adalah bekerja sebagai penoreh getah, petani serta buruh kasar.
Kira-kira 100 tahun lalu, nama Temangan cukup tersohor hingga terpahat di peta dunia sebagai antara kawasan pengeluar bijih besi paling utama dan berkualiti di dunia.Di sinilah nadi ekonomi bagi negeri dan rakyat melalui industri berkenaan yang dieksploitasi oleh penjajah untuk kemakmuran negara mereka dan ditunjangi warga Eropah dan Jepun.
Sumber ekonomi sedia ada hanya bergantung kepada sektor pertanian yang umumnya sekadar untuk kegiatan sara diri. Ketika itu perkembangan kawasannya setaraf Kota Bharu yang menjadi ibu negeri dengan wujudnya pekan dengan pelbagai kemudahan asas sejajar dengan zaman itu.
Ini termasuk sistem pengangkutan dengan jalan raya, pelabuhan dan kereta api, perumahan, premis perniagaan dan penginapan, peluang pekerjaan, dan rekreasi.
Mengikut catatan sejarah, perlombongan bijih besi diusahakan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Oriental Mining Co. di kawasan Bukit Besi, Temangan, Kelantan dan ia diangkut dengan kereta api ke Pelabuhan Tumpat untuk dibawa ke Jepun.
Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) pengeluaran bijih besi terus dilakukan oleh pemerintah tentera Jepun dan selepas Perang Dunia Kedua, pengeluaran diteruskan di bawah pengawasan pemerintah British. Pengeluarannya berterusan sehingga tahun 1965 di mana operasinya dihentikan kerana bekalan bijih yang ada semakin berkurangan dan selepas itu Temangan beransur menjadi pekan yang ditinggalkan.Tinggalan yang masih mengingatkan bahawa di sini pernah wujudnya industri yang besar dan memberi rezeki kepada ribuan manusia ialah sedikit bekas lombong dan palong.
Salah seorang bekas pekerja lombong, Abdul Rashid Seman, 105, berkata, Temangan pada masa itu menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa dengan kedatangan warga Eropah, Jepun, Nepal dan Australia.
"Di sini juga pada masa itu terdapat sebuah stesen kereta api yang menjadi alat pengangkutan dan menjadi persinggahan utama bagi laluan antara Gemas, Negeri Sembilan dan Tumpat.
"Malah pada masa itu juga terdapat kapal besar yang memudiki Sungai Kelantan hingga sampai ke Temangan bagi memunggah bijih besi sebelum dihantar terus ke Jepun melalui Pelabuhan Tumpat (Jubakar)," katanya.
Mengimbau kembali pengalamannya, Abdul Rashid yang masih lagi sihat berkata, beliau pada masa itu berusia belasan tahun dibayar gaji harian sebanyak 70 sen bagi kerja mencangkul dan memunggah ketulan batu mengandungi besi.
"Kadar gaji harian itu sudah cukup tinggi ketika itu berbanding pekerjaan lain dan kehidupan pekerja waktu itu dianggap sudah mewah," katanya.
Menurutnya, generasi masa kini tidak lagi mengetahui sejarah Temangan apatah lagi tiada banyak bukti yang memperlihatkan di sini pernah wujud industri yang hebat lebih seabad lalu.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023SIRI JELAJAH SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN (SPPP) SSM
Aktiviti Terkini | 16 Disember 2021Program Ini Adalah Program Siri Jelajah SSM untuk Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) di setiap daerah seluruh negeri Kelantan....baca selanjutnya
KELAS SHOPEE
Aktiviti Terkini | 20 November 2021Penerangan oleh trainer kepada para peserta melalui aplikasi zoom, mengenai aplikasi SHOPEE. Para peserta diminta memuat turun aplikasi SHOPEE didalam telefon pintar masing-masing bagi memudahkan lagi proses pembelajaran mengenai aplikasi secara lebih mendalam. Para peserta boleh bertanya secara terus kepada trainer sekiranya tidak memahami....baca selanjutnya
KELAS SHOPEE
Aktiviti Terkini | 24 Oktober 2021Penerangan menggunakan slide powerpoint oleh trainer kepada para peserta melalui aplikasi zoom, mengenai aplikasi SHOPEE. Para peserta diminta memuat turun aplikasi SHOPEE didalam telefon pintar masing-masing bagi memudahkan lagi proses pembelajaran mengenai aplikasi. Para peserta boleh bertanya secara terus kepada penceramah sekiranya tidak memahami....baca selanjutnya
PEMBELAJARAN ASAS EDITING VIDEO MENGGUNAKAN CANVA
Aktiviti Terkini | 12 September 2021Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Chuchuh Puteri. Live ini diadakan di Facebook Page Pusat Internet Komuniti Chuchuh Puteri, selain itu turut dikongsikan di Facebook Page Pusat Internet Komuniti yang turut serta pada sesi LIVE tersebut. Taklimat disampaikan oleh Encik Mohamed Quzami An-Nuur Bin Ahmad Radzi dari Fakulti Seni Lukis & Seni Reka Universiti Teknologi Mara cawangan Perak....baca selanjutnya
SEMARAK KEMERDEKAAN
Aktiviti Terkini | 22 Ogos 2021Sempena bulan Ogos yang sentiasa dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia bersempena sambutan bulan Kemerdekaan. Bagi memperingati tokoh-tokoh pejuang Negara Tanah Air yang berkorban demi Negara tercinta.....baca selanjutnya
ASAS GRAFIK CANVA
Aktiviti Terkini | 8 Ogos 2021Taklimat disampaikan oleh Encik Mohamed Quzami An-Nuur Bin Ahmad Radzi dari Fakulti Seni Lukis & Seni Reka Universiti Teknologi Mara cawangan Perak. Beliau menerangkan mengenai asas grafik Canva secara siaran langsung di Facebook....baca selanjutnya
JARINGAN PRIHATIN
Aktiviti Terkini | 22 Julai 2021Makluman mengenai pakej Jaringan Prihatin yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan-golongan yang layak menerima.....baca selanjutnya
HALATUJU LEPASAN SPM
Aktiviti Terkini | 6 Julai 2021Bersama Pensyarah jemputan dari UMK Jeli Kelantan, yang berkongsi tips-tips yang berguna kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang ingin menyambung belajar. Pengalaman yang dikongsikan ketika sesi siaran langsung adalah pengalaman dirinya....baca selanjutnya
ETIKA KERJA DIRUMAH KETIKA PKP
Aktiviti Terkini | 21 Jun 2021Penerangan etika atau adab-adab bekerja di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan....baca selanjutnya
ETIKA BELAJAR DIRUMAH KETIKA PKP
Aktiviti Terkini | 5 Jun 2021Penerangan etika atau adab-adab belajar di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan...baca selanjutnya
INSTALL APLIKASI ANDROID DALAM WINDOW
Aktiviti Terkini | 4 Jun 2021Penerangan cara-cara untuk muat turun aplikasi Android kedalam Window...baca selanjutnya
UPDATE STATUS KESIHATAN MYSEJAHTERA
Aktiviti Terkini | 3 Jun 2021Penerangan langkah-langkah bagi mengemaskini status kesihatan diri di aplikasi Mysejahtera....baca selanjutnya
VIDEO E-LEARNING 10 JALAN PINTAS MENGGUNAKAN WINDOW 10
Aktiviti Terkini |27 Mei 2021Menyampaikan 10 jalan pintas menggunakan window 10. Ilmu yang sangat bermanfaat dikongsikan secara video untuk tontonan umum. ...baca selanjutnya
VIDEO E-LEARNING KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini |22 Mei 2021Memberi maklumat tentang wujudnya jenayah penipuan atas talian yang menawarkan pelbagai tawaran menarik kepada mangsa. Sebagai pengguna yang bijak kita haruslah sentiasa berwaspada dengan tawaran-tawaran yang diberikan....baca selanjutnya
SHOPEE LIVE JUALAN AMAL
Aktiviti Terkini | 2 & 4 Mei 2021Shopee Live Jualan Amal PiK adalah salah satu inisitif dari PIK Tanah Merah dan PIK Temangan dalam usaha mengumpul hasil jualan untuk memberi bantuan kepada asnaf yang memerlukan....baca selanjutnya
FB LIVE RENDANG BERSAMA PULUT KUNING
Aktiviti Terkini | 11 April 2021Siaran langsung di media sosia Bersama staff Pik. Sesi masak rendang ayam serta gabungan dekorasi pulut kuning....baca selanjutnya
BUSINESS MODEL CANVAS (BMC)
Aktiviti Terkini | 10 April 2021Penerangan menggunakan slide powerpoint oleh trainer kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar IKBN Tanah Merah, yang mengambil jurusan Jahitan mengenai apa itu Business Model Canvas (BMC)...baca selanjutnya
FB LIVE USAHAWAN CIK NANA DEKORASI KEK
Aktiviti Terkini | 9 April 2021Siaran langsung di media sosia Bersama usahawan. Usahawan memberi keterangan tentang cara untuk menghasilkan dekorasi kek...baca selanjutnya
FB LIVE USAHAWAN BOUQUET FLOWER
Aktiviti Terkini | 27 Mac 2021Siaran langsung di media sosia Bersama usahawan. Usahawan memberi keterangan tentang cara untuk menghasilkan bouquet flower. Terdapat pelbagai pakej yang disediakan oleh usahawan serendah RM10.00...baca selanjutnya
KDB FB LIVE JENAYAH SIBER
Aktiviti Terkini | 21 Mac 2021Program “PROGRAM ADVOKASI KDB” merupakan salah satu inisiatif pihak PIK untuk mengajak para pelajar untuk lebih menggunakan internet secara berhemah...baca selanjutnya
BUSINESS MODEL CANVAS (BMC)
Aktiviti Terkini | 13 Mac 2021Penerangan menggunakan slide powerpoint oleh trainer kepada para peserta mengenai apa itu Business Model Canvas (BMC). Para peserta diminta untuk mengisi maklumat perniagaan di dalam boring yang telah diagihkan. Maklumat yang perlu diisikan adalah berkaitan pelan bagi perjalanan operasi perniagaan, mengenalpasti sumber pendapatan, sasaran pelanggan, produk dan kos...baca selanjutnya
VIDEO E-LEARNING MASALAH BIASA KOMPUTER & JALAN PENYELESAIANNYA
Aktiviti Terkini | 12 Mac 2021Menyampaikan ilmu pengetahuan tentang peranti computer....baca selanjutnya
VIDEO E-LEARNING IBUBAPA JANGAN DEDAHKAN ANAK KEPADA BAHAYA
Aktiviti Terkini | 12 Mac 2021Menyampaikan info kepada para ibubapa tentang bahayanya pendedahan maklumat anak-anak dimedia social....baca selanjutnya
KDB FB LIVE MAKLUMAT PALSU
Aktiviti Terkini | 19 Februari 2021Program “PROGRAM ADVOKASI KDB” merupakan salah satu inisiatif pihak PIK untuk mengajak para pelajar untuk lebih menggunakan internet secara berhemah...baca selanjutnya
VIDEO E-LEARNING 12 FUNGSI GOOGLE
Aktiviti Terkini | 6 Februari 2021Menyampaikan pengetahuan tentang fungsi google kepada para pengguna. Tips yang dikongsikan dimuat naik dalam bentuk video bagi tontonan para pengguna...baca selanjutnya
VIDEO E-LEARNING TIPS KESELAMATAN MENGGUNAKAN KOMPUTER AWAM
Aktiviti Terkini | 6 Februari 2021Memberi tips keselelamatan Ketika menggunakan computer awam seperti di perpustakaan, siber kafe dan sebagainya...baca selanjutnya
VIDEO E-LEARNING TUTORIAL BAYARAN PARKING MENGGUNAKAN APKLIKASI FLEXI PARKING BAGI MAJLIS DAERAH MACHANG
Aktiviti Terkini | 30 Januari 2021Memberi tunjuk ajar cara penggunaan aplikasi Flexi Parking kepada para penonton cara pembayaran parking secara atas talian dengan menggunakan telefon pintar...baca selanjutnya
VIDEO E-LEARNING TIPS PENJAGAAN BATERI KOMPUTER RIBA
Aktiviti Terkini | 30 Januari 2021Memberikan tips-tips tentang penjagaan bateri computer riba dalam bentuk video dan di muat naik dalam laman sesawang FB Page PIK TEMANGAN...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya