Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pekan Temangan merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Kelantan, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentakbiran jajahan Machang. Temangan mempunyai beberapa buah kampung-kampung kecil dibawah temangan seperti kampung pauh, kampung padang, kampung belukar panjang, kampung kuala kerak, kampung temangan tengah, temangan lama, kuala hau, kampung dusun buruk, kampung kerilla, kampung pertok.

Asal nama Temangan berasal dari seorang pedagang, berbangsa cina yang datang berdagang ke temangan yang menyebut “ti ma ngan “ (timbangan) secara pelat cina menyebabkan sebutan pelat ini menjadi buah mulut penduduk setempat maka akhirnya kawasan ini dinamakan “Temangan”. Ianya dirasmi oleh seorang lelaki yang berasal di Temangan yang dipanggil Tok Padang, nama beliau juga menjadi mercu tanda kepada kampung Padang. Populasi penduduk di Temangan di anggarkan 3000 penduduk, majoriti penduduk adalah berbangsa melayu 80%, manakala bangsa cina 15% dan bangsa india 5%. Pekerjaan penduduk kampung sekitar Temangan adalah bekerja sebagai penoreh getah, petani serta buruh kasar.

Kira-kira 100 tahun lalu, nama Temangan cukup tersohor hingga terpahat di peta dunia sebagai antara kawasan pengeluar bijih besi paling utama dan berkualiti di dunia.Di sinilah nadi ekonomi bagi negeri dan rakyat melalui industri berkenaan yang dieksploitasi oleh penjajah untuk kemakmuran negara mereka dan ditunjangi warga Eropah dan Jepun. Sumber ekonomi sedia ada hanya bergantung kepada sektor pertanian yang umumnya sekadar untuk kegiatan sara diri. Ketika itu perkembangan kawasannya setaraf Kota Bharu yang menjadi ibu negeri dengan wujudnya pekan dengan pelbagai kemudahan asas sejajar dengan zaman itu.

Ini termasuk sistem pengangkutan dengan jalan raya, pelabuhan dan kereta api, perumahan, premis perniagaan dan penginapan, peluang pekerjaan, dan rekreasi. Mengikut catatan sejarah, perlombongan bijih besi diusahakan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Oriental Mining Co. di kawasan Bukit Besi, Temangan, Kelantan dan ia diangkut dengan kereta api ke Pelabuhan Tumpat untuk dibawa ke Jepun.

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) pengeluaran bijih besi terus dilakukan oleh pemerintah tentera Jepun dan selepas Perang Dunia Kedua, pengeluaran diteruskan di bawah pengawasan pemerintah British. Pengeluarannya berterusan sehingga tahun 1965 di mana operasinya dihentikan kerana bekalan bijih yang ada semakin berkurangan dan selepas itu Temangan beransur menjadi pekan yang ditinggalkan.Tinggalan yang masih mengingatkan bahawa di sini pernah wujudnya industri yang besar dan memberi rezeki kepada ribuan manusia ialah sedikit bekas lombong dan palong.

Salah seorang bekas pekerja lombong, Abdul Rashid Seman, 105, berkata, Temangan pada masa itu menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa dengan kedatangan warga Eropah, Jepun, Nepal dan Australia. "Di sini juga pada masa itu terdapat sebuah stesen kereta api yang menjadi alat pengangkutan dan menjadi persinggahan utama bagi laluan antara Gemas, Negeri Sembilan dan Tumpat.

"Malah pada masa itu juga terdapat kapal besar yang memudiki Sungai Kelantan hingga sampai ke Temangan bagi memunggah bijih besi sebelum dihantar terus ke Jepun melalui Pelabuhan Tumpat (Jubakar)," katanya. Mengimbau kembali pengalamannya, Abdul Rashid yang masih lagi sihat berkata, beliau pada masa itu berusia belasan tahun dibayar gaji harian sebanyak 70 sen bagi kerja mencangkul dan memunggah ketulan batu mengandungi besi. "Kadar gaji harian itu sudah cukup tinggi ketika itu berbanding pekerjaan lain dan kehidupan pekerja waktu itu dianggap sudah mewah," katanya. Menurutnya, generasi masa kini tidak lagi mengetahui sejarah Temangan apatah lagi tiada banyak bukti yang memperlihatkan di sini pernah wujud industri yang hebat lebih seabad lalu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PERKONGSIAN MENGENAI PROGRAM GOOGLE GEMILANG

Aktiviti Terkini | 11 Disember 2022

Program ini diadakan dengan kerjasama PEDi Digi Tanah Merah dan Temangan mengenai Program Inisiatif Google Gemilang....baca selanjutnya

KELAS SHOPEE BERSAMA USAHAWAN “MAKANAN BERPANTANG”

Aktiviti Terkini | 6 November 2022

Kelas shopee bersama usahawan “Makanan Berpantang” merupakan usahawan yang menghasilkan produk seperti serunding halia, peria goreng, serunding bawang putih serta terdapat juga popia simpul yang dihasilkan oleh usahawan ini. Produk yang dijual adalah dihasilkan sendiri oleh usahawan...baca selanjutnya

PROGRAM KRAFTANGAN BERSAMA USAHAWAN PPDK GUAL IPOH

Aktiviti Terkini | 2 Oktober 2022

Program bersama usahawan kraftangan daun getah PPDK Gual Ipoh, ianya terdiri dari kalangan para pelajar PPDK. Dapat melihat secara terus hasil kraftangan yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar PPDK Gual Ipoh. Proses awal sehingga siap gubahan yang dihasilkan menggunakan daun getah....baca selanjutnya

LAPORAN SCAME-DAGANG

Aktiviti Terkini | 26 September 2022

Video E-learning Laporan scam e-dagang ini adalah bertujuan untuk memberi informasi kepada para pengguna yang membuat belian secara e-dagang...baca selanjutnya

SEMARAK KEMERDEKAAN KELUARGA MALAYSIA 2022

Aktiviti Terkini | 6 Ogos 2022

Program Semarak Kemerdekaan Keluarga Malaysia 2022 diadakan bagi memupuk semagat kemerdekaan dalam kalangan generasi muda. Ianya juga bagi memperingati pergorbanan pahlawan-pahlawan negara tanah air. Selain itu juga dengan adanya program ini dapat menyemai semangat patriotism dalam kalangan masyarakat....baca selanjutnya

E-LEARNING VIDEO RISIKO UTAMA KANAK-KANAK DI INTERNET

Aktiviti Terkini | 25 Julai 2022

Video E-learning yang bertajuk Risiko Utama Kanak-kanak Di Internet adalah bertujuan bagi memberi kesedaran kepada para pengguna internet. Ianya perkongsian Bersama bagi mengambil Langkah-langkah berjaga-jaga terutama kepada ibubapa. Peranan ibubapa sangat penting dalam mengawal penggunaan internet bagi kanak-kanak....baca selanjutnya

FB LIVE REVIEW PRODUK USAHAWAN (PES GULAI BY MA KITO) & RESEPI AIR DETOX

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2022

Fb Live Review produk makanan usahawan & juga berkongsi resepi ini adalah bagi mempromosikan produk usahawan tempatan dalam sesi siaran langsung yang diadakan. Kami turut berkongsi resepi masakan yang sesuai dimasak dengan menggunakan produk usahawan iaitu Pes Gulai By Ma Kito. Seterusnya kami turut berkongsi resepi air detox, dimana ianya adalah bersesuaian untuk dijadikan menu jualan kepada para usahawan....baca selanjutnya

E-LEARNING SEMAK LABEL MCMC

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2022

Video E-learning Semak Label MCMC sebelum membuat sebarang pembelian barangan elektronik adalah bertujuan bagi menyampaikan informasi kepada para pengguna, bahawasanya penting menyemak setiap barangan elektronik yang dibeli. Ianya adalah bagi menjamin keselamatan serta kualiti barangan yang dibeli. Jadi lah pengguna yang sentiasa menyemak label terlebih dahulu sebelum membuat pembelian....baca selanjutnya

VIDEO E-LEARNING WASPADA SCAM BAJU RAYA

Aktiviti Terkini | 23 April 2022

Menyampaikan maklumat berkaitan aktiviti scammer di musim perayaan..baca selanjutnya

EDISI NIAGA LIVE SEMPENA RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 2 April 2022

Edisi niaga : live sempena Ramadhan PEDi Tanah Merah Bersama PEDi Temangan menyediakan menu-menu masakan untuk berbuka...baca selanjutnya

VIDEO E-LEARNING JOM LINDUNGI DATA PERIBADI ANDA

Aktiviti Terkini | 23 Mac 2022

Video E-learning Jom LIndungi Data Peribadi Anda, pada masa kini, ramai pengguna membeli secara atas talian. Justeru itu, pengguna perlulah bijak dalam setiap pembelian secara atas talian, bagi mengelakkan data peribadi anda disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab....baca selanjutnya

VIDEO E-LEARNING CARA MENENTUKAN SAMADA SESEORANG MERUPAKAN PENGANTUN SEKSUAL (SEXUAL GOOMER)

Aktiviti Terkini | 14 Februari 2022

Video E-learning Cara Menentukan Samada Seseorang Merupakan Pengantun Seksual (Sexual Goomer) adalah bertujuan bagi mengenal pasti samada menjadi mangsa kepada pengantun seksual didalam siber....baca selanjutnya

VIDEO E-LEARNING KENALI PEMBULI SIBER

Aktiviti Terkini | 15 Januari 2022

Video E-learning Kenali Pembuli Siber adalah bertujuan bagi membendung para pengguna dari terpedaya dengan Jenayah Buli Siber....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti