KELAS KEUSAHAWANAN : PASARKAN PRODUK DENGAN TEKNIK FOTOGRAFI FLAT LAY DAN VIDEO PENDEK KERJASAMA BERSAMA MARA PEDI DIGI TANAH MERAH & TEMANGAN

Aktiviti terkini |21 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kg Belimbing

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini diadakan bersama dengan pihak MARA daerah Tanah Merah dengan kerjasama PEDi Digi Tanah Merah dan Temangan mengenai cara memasarkan produk dengan Teknik fotografi ‘flat lay’ dan video pendek

Tujuan :
• Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan tentang pentingnya teknik pemasaran menggunakan kaedah ‘flat lay’ dan video pendek dalam memasarkan produk mereka.
• Usahawan juga diajar cara untuk mendapatkan hasil fotografi serta video pendek yang menarik bagi memasarkan produk mereka.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Memberi maklumat mengenai Teknik Fotografi ‘Flat Lay’ dan Aplikasi untuk menyediakan video pendek.
• Berkongsi cara yang berkesan memasarkan produk untuk menarik minat pembeli.
• Pihak MARA juga turut berkongsi dan menyampaikan maklumat mengenai program keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak MARA. Serta berkongsi mengenai pinjaman yang disediakan oleh pihak MARA kepada usahawan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Membantu komuniti dan usahawan untuk pasarkan produk dengan menarik.
• Menghasilkan video pendek yang menarik bagi memasarkan produk.
• Memberi pendedahan kepada usahawan mengenai program keusahawanan dibawah bimbingan MARA

Nama VIP:
• Cik Nurul Athirah Binti Ramli (Pegawai MARA Daerah Tanah Merah)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :