Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pekan Temangan merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Kelantan, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentakbiran jajahan Machang. Temangan mempunyai beberapa buah kampung-kampung kecil dibawah temangan seperti kampung pauh, kampung padang, kampung belukar panjang, kampung kuala kerak, kampung temangan tengah, temangan lama, kuala hau, kampung dusun buruk, kampung kerilla, kampung pertok.

Asal nama Temangan berasal dari seorang pedagang, berbangsa cina yang datang berdagang ke temangan yang menyebut “ti ma ngan “ (timbangan) secara pelat cina menyebabkan sebutan pelat ini menjadi buah mulut penduduk setempat maka akhirnya kawasan ini dinamakan “Temangan”. Ianya dirasmi oleh seorang lelaki yang berasal di Temangan yang dipanggil Tok Padang, nama beliau juga menjadi mercu tanda kepada kampung Padang. Populasi penduduk di Temangan di anggarkan 3000 penduduk, majoriti penduduk adalah berbangsa melayu 80%, manakala bangsa cina 15% dan bangsa india 5%. Pekerjaan penduduk kampung sekitar Temangan adalah bekerja sebagai penoreh getah, petani serta buruh kasar.

Kira-kira 100 tahun lalu, nama Temangan cukup tersohor hingga terpahat di peta dunia sebagai antara kawasan pengeluar bijih besi paling utama dan berkualiti di dunia.Di sinilah nadi ekonomi bagi negeri dan rakyat melalui industri berkenaan yang dieksploitasi oleh penjajah untuk kemakmuran negara mereka dan ditunjangi warga Eropah dan Jepun. Sumber ekonomi sedia ada hanya bergantung kepada sektor pertanian yang umumnya sekadar untuk kegiatan sara diri. Ketika itu perkembangan kawasannya setaraf Kota Bharu yang menjadi ibu negeri dengan wujudnya pekan dengan pelbagai kemudahan asas sejajar dengan zaman itu.

Ini termasuk sistem pengangkutan dengan jalan raya, pelabuhan dan kereta api, perumahan, premis perniagaan dan penginapan, peluang pekerjaan, dan rekreasi. Mengikut catatan sejarah, perlombongan bijih besi diusahakan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Oriental Mining Co. di kawasan Bukit Besi, Temangan, Kelantan dan ia diangkut dengan kereta api ke Pelabuhan Tumpat untuk dibawa ke Jepun.

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) pengeluaran bijih besi terus dilakukan oleh pemerintah tentera Jepun dan selepas Perang Dunia Kedua, pengeluaran diteruskan di bawah pengawasan pemerintah British. Pengeluarannya berterusan sehingga tahun 1965 di mana operasinya dihentikan kerana bekalan bijih yang ada semakin berkurangan dan selepas itu Temangan beransur menjadi pekan yang ditinggalkan.Tinggalan yang masih mengingatkan bahawa di sini pernah wujudnya industri yang besar dan memberi rezeki kepada ribuan manusia ialah sedikit bekas lombong dan palong.

Salah seorang bekas pekerja lombong, Abdul Rashid Seman, 105, berkata, Temangan pada masa itu menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa dengan kedatangan warga Eropah, Jepun, Nepal dan Australia. "Di sini juga pada masa itu terdapat sebuah stesen kereta api yang menjadi alat pengangkutan dan menjadi persinggahan utama bagi laluan antara Gemas, Negeri Sembilan dan Tumpat.

"Malah pada masa itu juga terdapat kapal besar yang memudiki Sungai Kelantan hingga sampai ke Temangan bagi memunggah bijih besi sebelum dihantar terus ke Jepun melalui Pelabuhan Tumpat (Jubakar)," katanya. Mengimbau kembali pengalamannya, Abdul Rashid yang masih lagi sihat berkata, beliau pada masa itu berusia belasan tahun dibayar gaji harian sebanyak 70 sen bagi kerja mencangkul dan memunggah ketulan batu mengandungi besi. "Kadar gaji harian itu sudah cukup tinggi ketika itu berbanding pekerjaan lain dan kehidupan pekerja waktu itu dianggap sudah mewah," katanya. Menurutnya, generasi masa kini tidak lagi mengetahui sejarah Temangan apatah lagi tiada banyak bukti yang memperlihatkan di sini pernah wujud industri yang hebat lebih seabad lalu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019


DIY POPSICLE PENCIL HOLDER

Aktiviti Terkini | 21 April 2019

Program ini merupakan kerjasama bersama Pusat Internet Temangan dan Pusat Internet Kok Lanas. Tujuan DIY Popsicle Pencil Holder bersama kanak-kanak Tabika Kemas Tok Chu Harun, Kampung Kerilla ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada kanak-kanak tabika untuk menghasilkan hasil kreativiti yang bakal dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Dengan adanya program ini dapat menjalinkan hububgan erat bersama guru. Selain itu, kami juga boleh mempromosikan produk digi kepada petugas Tabika dan ibubapa....baca selanjutnya

KARNIVAL USAHAWAN MUDA KELANTAN DUN TENDONG

Aktiviti Terkini | 27 Mac 2019

Penglibatan Pusat Internet dalam Karnival Usahawan Anak Muda Kelantan adalah dengan membawa objektif utama iaitu untuk memperkenalkan kepada usahawan-usahawan muda bahawa pusat internet adalah salah satu platform atau medium dalam melahirkan usahawan yang berdaya saing....baca selanjutnya

PRORAM CUTI SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 23 Mac 2019

Aktiviti yang dijalankan merupakan aktiviti yang bermanfaat kepada para pelajar pada musim cuti persekolahan....baca selanjutnya

AKTIVITI BERSAMA USAHAWAN HENNA

Aktiviti Terkini | 17 Mac 2019

Program ini diadakan untuk memberi tunjuk ajar kepada staff Pusat Internet dan komuniti Kuala Paku....baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWANAN SHOPEE II

Aktiviti Terkini | 16 Mac 2019

Program ini dijalankan bagi memberi latihan kepada para usahawan untuk mengetahui berkaitan strategi perniagaan menggunakan laman membeli belah atas talian. Jika sebelum ini para usahawan hanya menggunakan kaedah penjualan secara langsung atau menggunakan media social seperti facebook dan Instagram. Hal ini kerana mereka kurang ilmu berkaitan shopee. Dimana mereka bukan hanya boleh menjadikan shopee sebagai medan membeli belah atas talian tetapi mereka juga boleh memulakan perniagaan menggunakan laman shopee.....baca selanjutnya

Program Advokasi di Pantai Geting dan SK Gual Tinggi

Aktiviti Terkini | 02 & 18 Februari 2019

Program “PROGRAM ADVOKASI KDB” merupakan salah satu inisiatif pihak PI untuk mengajak para pelajar untuk lebih menggunakan internet secara berhemah...baca selanjutnya

Diy Brooch Perca Bersama Usahawan

Aktiviti Terkini | 11 Januari 2019

Program ini membuka peluang kepada para usahawan bagi menambah punca pendapatan.Dengan adanya kain perca boleh menghasilkan brooch yang boleh dijadikan punca tambahan pendapatan dan juga mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta-peserta yang menyertai program ini....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti